TERMA DAN SYARAT PEMBELIAN,HAKCIPTA DAN PENGGUNAAN Berikut merupakan terma dan syarat "Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer ". Dengan membaca terma dan syarat ini, maka anda terikat sepenuhnya terhadap kesemua perkara yang disenaraikan dibawah.
Harga Ebook, Skop dan Bonus
1. eBook Panduan Memformat Komputer adalah satu teknik/cara untuk memformat ataupun tutorial belajar memformat komputer menggunakan Windows XP dan BUKAN CD yang digunakan untuk proses install Windows XP oleh Microsoft.
2. Harga bagi Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer ini adalah RM30.00 melainkan jika pihak kami, anjungpc.com, melakukan sebarang promosi atau potongan harga,iaitu menurunkan kepada harga yang lebih murah, maka harga akan kurang daripada jumlah tersebut. Pihak kami juga berhak menaikkan harga apabila perlu dan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu secara umum atau secara langsung.
3. Jika kami dapati anda menggunakan ebook yang diperolehi daripada sumber yang haram (cetak rompak), maka pihak anjungpc.com akan menggunakan apa sahaja cara termasuk tindakan undang-undang. Panduan iaitu ebook ini hanya boleh diperolehi melalui laman web anjungpc.com sahaja.
4.Harga yang ditetapkan adalah untuk pembelian akan disertakan bonus iaitu E-Book How To Buy The Perfect Komputer, Pengesahan Paypal Menggunakan Kad Debit, 44 Kebaikan Menggunakan E-Book, Kali Pertama Memulakan Bisnes Internet, Panduan Asas Paypal. Kesemua bonus yang diberikan adalah hadiah tanda penghargaan memiliki Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer.
5. Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer hanya memfokuskan kepada cara memformat komputer menggunakan sistem operasi Windows XP Service Pack 2 (rujuk sinopsis bab di laman utama). Ia tertumpu kepada teknik memformat menggunakan boot dari CD Windows XP sahaja. Kaedah lain seperti ghost image tidak diterangkan. Ia juga untuk Windows XP Service Pack 2 dan bukan Windows ME, Windows 98 serta bukan Linux, Mac OS dan sebagainya.
6. Hanya pembeli yang sah sahaja yang berhak menggunakan segala kelebihan dan bonus eksklusif seperti yang dijanjikan di laman utama web ini. Sebarang penipuan data peribadi dan pembayaran atau menyalahi etika perniagaan akan diambil tindakan tegas.
7. Semua urus niaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM). Penggunaan matawang lain akan di beritahu kelak
Jaminan Pulangan Wang
1. Pihak anjungpc.com menjanjikan pulangan wang selama 30 hari dari tarikh anda menerima Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer ini, namun dengan beberapa syarat 'ketat' seperti berikut:
-
Pembeli telah berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala panduan, tip dan teknik yang diberikan di dalam panduan ini. Pihak kami hanya berurusan dengan mereka yang serius sahaja mengenai teknik ini.
-
Pembeli yang ingin dapatkan kembali wang bayaran mereka, perlu menunjukkan bukti usaha mereka sama ada mencuba memformat komputer dengan teknik dan langkah yang ditunjukkan,telah menyoal pihak kami tentang kemusykilan dan masalah yang dihadapi semasa memformat serta mencuba hanya sistem operasi yang ditunjukkan. Tanpa beberapa bukti usaha pembeli, pihak kami berhak menolak permohonan pulangan wang.
-
Syarat-syarat ketat sebegini dikenakan adalah kerana produk ini adalah digital dan pihak kami tidak nampak apa yang dilakukan oleh pembeli.
2. Bayaran wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.
3. Namun, jika panduan ini mengandungi unsur-unsur yang meragukan, membahayakan pihak pembeli dan orang ramai, teknik-teknik yang salah di sisi undang-undang atau etika internet, maka kesemua syarat di atas akan terbatal dengan sendirinya. Wang bayaran anda akan dipulangkan tanpa sebarang soalan dengan syarat JIKA pihak pembeli berjaya membuktikan perkara-perkara tersebut.
Penerimaan Bayaran, Pesanan,dan Link Download Ebook
1. Anda (pembeli) mesti mengikut langkah-langkah pembelian yang telah di-aturkan agar proses penyemakan pesanan dan pengesahan bayaran tidak bermasalah.
2. Anda sebagai pembeli perlulah memasukkan maklumat yang betul ke dalam borang pesanan dan pengesahan bayaran di bahagian halaman pembelian. Kegagalan anda melakukan hal ini dengan teliti, akan melambatkan proses pengesahan pembayaran dan penghantaran link muat turun (download) kepada anda.
3.Selepas anda membuat pembayaran,pihak kami akan menyemak segala butiran yang diberikan sama ada benar ataupun palsu. Jika benar, pihak kami akan terus memproses dan menghantar panduan ini melalui link muat turun.Proses penghantaran adalah dalam jangka masa 24 jam dari tarikh pesanan dihantar.Jika mengalami kelewatan,anda boleh menghantar pertanyaan mengenai pesanan anda.
4. Link muat turun (download) ebook mestilah dirahsiakan dan hanya 'milik' anda. Hanya pihak pembeli yang mempunyai keutamaan untuk memuat turun panduan ini dan tidak boleh disebarkan. Jika kami dapati anda mengedarkan link muat turun (download), pihak kami akan bertindak tegas.
5. Sebarang masalah dengan link muat turun (download), file rosak (corrupt) atau sebagainya, sila laporkan kepada kami dengan segera untuk diselesaikan.
6. Kebiasaannya, file ebook adalah tidak bermasalah, cuma talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat dimuat turun (download) dengan sempurna. Maka ia adalah di luar daripada bidang kami. Jika ia berlaku, kami akan bantu anda melalui beberapa alternatif lain.
- Tamat Terma & Syarat -
Jika anda bersetuju dengan Terma dan Syarat di atas, maka teruskan membeli Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer ini.
Jika tidak bersetuju, maka anda tidak digalakkan membeli Panduan Lengkap Teknik Memformat Komputer ini untuk mengelakkan ketidakpuashatian dan sebarang masalah kepada anda kelak.
|